Monday 30 July 2012

Makanan Minda

Salam Ramadan . Hari ni , aku nak post sumthing yang aku baru je baca . memandang kan sekarang ni aku masih lagi belajar , aku nak post benda ni untuk korang korang yang bergelar pelajar . (^^,)


Ibnu Sina , al-Khawarizmi , al-Farabi dan ramai tokoh ilmuan lain , mereka sangat hebat terutamanya hal-hal mengenai ilmu kan ? jadi , kali ni , aku nak kongsi kan , (berdasarkan kajian saintis-saintis ) antara makanan yang para ilmuan ni amalkan . take a note untuk diri sendiri jugak . (^^.)

1)  Madu lebah asli

dalam surah an-Nahl, ayat 68-69 , Allah telah menerang kan tentang madu ni . Madu dikatakan boleh menjadi penawar bagi merawat pelbagai jenis penyakit . Dari segi saintifik , madu ni ada magnesium, kalium, potasium,sodium,sulfur,besi dan fosfat. selain tu , madu jugak mengandungi vitamin-vitamin seperti B1,B2,C,B6dan B3. 
antara khasiat madu :

a - Pembunuh kuman daripada jenis bakteria,fungus dan protozoa(University of Waikato)
b - mampu menyembuhkan luka dan ulser dengan cepat(Fotidar MR,Fotidar SN)

2) kurma

kurma adalah salah satu makanan utama Rasulullah. kurma ni manis, tahan lama dan tak perlu dimasak. kurma mengandungi karbohidrat, serat, zat-zat logam dan protein. kurma ni baik untuk usus terutamanya bagi orang yang sembelit.

Nabi SAW berkata " Sesiapa yang memakan tujuh biji buah tamat ajwah setiap pagi,racun dan masalah susah tidur tidak akan memudaratkan nya pada hari itu"(Dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim)

setakat nih je lah yang aku dpat kongsikan , esok aku sambung lagi okey . (^^.)

moga bermanfaat untuk korang .

sumber : buku doa untuk pelajar .





* kalo suka , silah like dan komen okey. jangan lupa tinggal kan jejak anda .:)*

Sunday 29 July 2012

Sahur yang banyak manfaat nya . (^^.)


korang macam ni tak kalo bangun sahur ? HAHA . mesti ramai yang macam ni masa fes-fes puasa kan . :) tapi tak kesah lah , janji korang sahur . sahur ni , bukan untuk bekalan kita puasa ke esokkan hari nya je , tapi ada hikmah nya tau .

    1. Sahur adalah berkat .
         "Makan sahurlah, kerana sahur itu berkat ."(HR Bukhari dan Muslim)
    
    2.  Apabila bersahur , Allah dan para Malaikat akan berselawat kepada orang-orang yang                           
         bersahur.

         "Bersahur itu berkat maka jangan lah kamu tinggalkan, walau seorang di    antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para malaikatNya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur."(HR Ahmad) 

   selain tu , kita jugak di sunatkan untuk melewatkan sahur . yer lah , dah alang-alang bangun sahur tu , kita semayang lah tahajud ke , solat taubat ke , solat hajat ke takpun baca quran ke . baru afdhal . kan ? (^^,) tapi ingat , dah sahur tu , jangan terus tido , kita semayang subuh dulu , bila lagi kan nak semayang subuh awal waktu nih . (^^,)

cukup lah setakat ini . moga bermanfaat untuk semua dan peringatan untuk diri sendiri jugak . (^^,)
 
Salam Ramadan . 



sumber hadis : sini
        


 


* kalo suka , silah like dan komen okey. jangan lupa tinggal kan jejak anda .:)*

Saturday 28 July 2012

Ramadhan


pejam celik pejam celik , dah masuk bulan ramadhan kan , cepat nya masa berlalu . dan hari ni , dah masuk ramadhan ke 8 dah . jadik , pada entry kali ni , aku nak kongsikan pasal ramadhan sahaja . (^^,) okey ?



bulan Ramadhan ni banyak kelebihan dia . bulan ni , bagus nya kita banyak kan baca quran , berzikir dan bagi perempuan , tutup lah aurat dengan sempurna . #pesanan untuk aku jugak :) . bukan bagi bulan ni shja , tp bagi bulan-bulan lain jugak . lagipun , kan bulan nih syaitan kena ikat , amik lah peluang ni untuk tingkatkan iman korang . (^^.)

 Antara kelebihan bulan Ramadan : 


Pertama : bulan turunnya al-Quran

"Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya ( permulaan )
 Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil ), barang siapa antara kamu yang hadir ( di negeri tempat tinggalnya ) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.." 
[ Al-Baqarah : 185 ]

Kedua : bulan yang mempunyai LailatulQadr

"Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan "
 [Al-Qadr : 1-3]

Ketiga : amal ibadat dilipatgandakan

Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan. (Al Hadith)

Keempat : pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu

Nabi SAW bersabda ,"Telah datang kepadamu Ramadhan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalam nya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan."(HR Imam Ahmad dan Imam Nasa'i)                     





cukup kot kali ni nih kan . moga bermanfaat . (^^,) 






gambar dan hadis-hadis : google dan laman web tertentu .



* kalo suka , silah like dan komen okey. jangan lupa tinggal kan jejak anda .:)*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...