Monday 30 July 2012

Makanan Minda

Salam Ramadan . Hari ni , aku nak post sumthing yang aku baru je baca . memandang kan sekarang ni aku masih lagi belajar , aku nak post benda ni untuk korang korang yang bergelar pelajar . (^^,)


Ibnu Sina , al-Khawarizmi , al-Farabi dan ramai tokoh ilmuan lain , mereka sangat hebat terutamanya hal-hal mengenai ilmu kan ? jadi , kali ni , aku nak kongsi kan , (berdasarkan kajian saintis-saintis ) antara makanan yang para ilmuan ni amalkan . take a note untuk diri sendiri jugak . (^^.)

1)  Madu lebah asli

dalam surah an-Nahl, ayat 68-69 , Allah telah menerang kan tentang madu ni . Madu dikatakan boleh menjadi penawar bagi merawat pelbagai jenis penyakit . Dari segi saintifik , madu ni ada magnesium, kalium, potasium,sodium,sulfur,besi dan fosfat. selain tu , madu jugak mengandungi vitamin-vitamin seperti B1,B2,C,B6dan B3. 
antara khasiat madu :

a - Pembunuh kuman daripada jenis bakteria,fungus dan protozoa(University of Waikato)
b - mampu menyembuhkan luka dan ulser dengan cepat(Fotidar MR,Fotidar SN)

2) kurma

kurma adalah salah satu makanan utama Rasulullah. kurma ni manis, tahan lama dan tak perlu dimasak. kurma mengandungi karbohidrat, serat, zat-zat logam dan protein. kurma ni baik untuk usus terutamanya bagi orang yang sembelit.

Nabi SAW berkata " Sesiapa yang memakan tujuh biji buah tamat ajwah setiap pagi,racun dan masalah susah tidur tidak akan memudaratkan nya pada hari itu"(Dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim)

setakat nih je lah yang aku dpat kongsikan , esok aku sambung lagi okey . (^^.)

moga bermanfaat untuk korang .

sumber : buku doa untuk pelajar .





* kalo suka , silah like dan komen okey. jangan lupa tinggal kan jejak anda .:)*

0 orang doakan saya :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...