Wednesday 16 November 2011

Ayat Kursi

Kali nih D nak kongsi pasal ayat kursi . D taw , mungkin dah rmai taw . tp tak pe lah . D nak kongsi jugak . :)


maksudnya: 

Allah ,tidak ada Tuhan(yang berhak disembah ) melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhlukNya),tidak mengantuk dan tidak tidur.KepunyaanNya segala yang ad dilangit dan dibumi.Tiada apa yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa yang ada di hadapan dan apa yang ada dibelakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi , dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah maha tinggi lagi maha besar.
(Surah Al-Baqarah , ayat 255)

Sedikit mengenai ayat ini :

Ayat ini diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah . Semasa ayat ini diturunkan kepada Nabi SAW , seramai 70 000 malaikat mengiringinya kerana kebesaran dan kemuliaanya . Syaitan dan iblis menjadi gempar kerana penurunan ayat ini dan ayat ini menjadi petanda rintangan dalam perjuangan mereka menyesatkan manusia .

Antara kelebihan mengamalkan ayat Kursi :
  • orang sakit yang mengamalkannya , Allah SWT akan meringankan beban semasa ajal sampai 
  • ayat ini perlu dibaca selalu bagi orang yang pemarah kerana boleh menghindarkan ganguan syaitan yang memanaskan hatinya
  • jika dibaca 170 kali sehari , Allah SWT akan meberi kelapangan dlm rezeki 
  • InsyaAllah akan dpat meningkatkan kecerdasan akal dan diterangkan hati jika diamalkan 170 kali ayat ini 
  • Jika dibaca sebanyak 170 kali semasa memohon hajat pada tengah malam , Allah akan memakbulkan hajat 
  • 70 000 malaikat akan meminta keampunan bagi orang yang membca ayat ini ketika keluar rumah 
  • Elok dibaca sebelum tidur , supaya Allah SWT mengurniakan keselamatan kepada orang yg membaca serta jiran - jirannya dan diutuskan 2 malaikat yang akan menjaganya dari gangguan jin dan syaitan serta kejahatan manusia dan binatang 
  • bagi orang yang membaca ayat ini selepas solat , Allah SWT akan mengampuni dosa dan dihapuskan amalan kejahatan serta dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang bertakwa dan pahala balasan amal para siddiqin iaitu memperoleh syurga 
  • jika dibaca selepas solat subuh , Allah SWT akan memeliharanya daripada sebarang kejahatan sepanjang hari itu 
  • Syaitan melarikan diri dari rumah yang dibacakan didalamnya ayat kursi
  • menurut ulama , ayat ini paling afdal dibacakan pada tengah malam sebanyak 313 kali bg mengatasi perasaan dukacita serta kesulitan yang dihadapi 
  • dalam Kitab Asrar al- Mufidah , orang yang beramal dengan ayat ini sebanyak 18 kali akan sentiasa hidup dengan jiwa tauhid , dibukakan hati dengan pelbagai hikmat , dimudahkan rezeki ditingkatkan darjat serta dipelihara Allah SWT daripada sebarang bencana 
    p/s : kalo ada salah , tolong tegur ea ? :)

bnyak kan kelebihan dia ? korang tak mau amalkan ke? bukan susah nak hafal pon kan . :)  selamat beramal .
 Sumber : Koleksi Terpilih Doa Pelajar
 



* kalo suka , silah like dan komen okey. jangan lupa tinggal kan jejak anda .:)*

0 orang doakan saya :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...